PENGENALAN
Homestay Haikal telah beroperasi pada awal tahun 2014 dan sering menerima tempahan dari customer dari pelbagai negeri. Homestay Haikal terletak ditengah-tengah bandar Kuantan.Merupakan tempat yang sangat strategik untuk anda semua bercuti.

PENGENALAN BANDAR KUANTAN
Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan juga sebuah daerah atau negeri yang terbesar di semenanjung malaysia. Kuantan terletak berhampiran sungai Kuantan mengadap ke laut china selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.
Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3° 50' Utara, 103° 20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26 Disember 2004, yang dikatakan telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter dari kedudukan asal). Ia merupakan ibu negeri Pahang, di dalam negara Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Kuantan adalah sekitar 607,778 orang.
Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar adalah pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung.
Kuantan menyaksikan perkembangan pesat apabila pusat komersial di tengah bandar dibina dengan banyaknya, dan jumlah penduduk di sekitar bandar dan dalam daerah Kuantan meningkat. Kuantan yang dahulunya merupakan sebuah bandar yang damai dan digambarkan sebagai "sesuai untuk mereka yang sudah bersara", kini semakin sibuk dan mula mengejar status sebagai sebuah bandaraya. Beberapa kilang petrokimia gergasi telah dibuka di Gebeng, menandakan pertumbuhan berterusan dalam sektor industri. Sebuah bandar satelit, iaitu Indera Mahkota telah mula dibangunkan sejak pertengahan 1980-an untuk memberi ruang pembangunan di bandar Kuantan, khususnya dari segi perumahan. Pejabat-pejabat kerajaan Persekutuan dan negeri yang terletak di pusat bandar Kuantan yang sesak mula dipindahkan secara berperingkat ke bangunan-bangunan baru di Indera Mahkota. Kampus cawangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sudah mula beroperasi (fasa-fasa berikutnya sedang dalam pembinaan).
Setelah siapnya Jambatan Tanjung Lumpur pada tahun 1996, petempatan di seberang Sungai Kuantan, yakni di tebing selatan akhirnya memiliki perhubungan jalan raya secara terus ke bandar Kuantan. Sebelum itu, orang ramai menggunakan bot-bot penambang dari jeti di Taman Esplanade untuk ke kampung di seberang sungai; kini bot-bot berkenaan sudah pupus sama sekali. Pertumbuhan di kawasan terbabit mula rancak, akan tetapi perlindungan khas diberikan buat hutan paya bakau yang masih menutupi tebing selatan tersebut agar ia terus terpelihara.
Suasana metropolitan di bandar Kuantan kian jelas dengan pembukaan pusat membeli-belah yang besar dan premis-premis bercitarasa dan kelas tinggi sejak akhir-akhir ini. Walaupun pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) belum mengumumkan sebarang sasaran secara rasmi, ramai penduduk menjangkakan Kuantan akan diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya dalam tempoh beberapa tahun terdekat.
Dalam tahun 2004, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa Satu yang menghubungkan Kuala Lumpur-Karak ke Kuantan telah dibuka. Pembinaan lebuhraya tersebut dapat memendekkan masa perjalanan dari ibu negara Malaysia sehingga separuh. Aktiviti perdagangan dan perindustrian, selain pelancongan dijangka semakin rancak. Kesannya sudah dapat dilihat dan dirasakan oleh penduduk Kuantan sendiri pada hari ini. Pembukaan lebuhraya baru tersebut hampir serentak dengan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan ke-47 peringkat nasional di Kuantan pada 31 Ogos 2004.
Dalam bulan Oktober 2007, kerajaan Malaysia telah melancarkan pelan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region, ECER) untuk mempercepatkan pembangunan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta daerah Mersing di Johor. Pelan itu akan melihat suntikan pelaburan ke dalam sektor-sektor utama seperti pertanian, pelancongan dan industri. Walaupun Kuantan tiak diberikan penekanan besar (berbanding Kuala Terengganu yang dijadikan "pusat" bagi ECER meskipun Kuantan mempunyai lebih banyak ciri-ciri strategik), pembangunan di wilayah dan negeri akan memacu bandar itu ke hadapan. Di bawah pelan ECER, Pelabuhan Kuantan akan dinaik taraf menjadi sebuah Bandar Pelabuhan lengkap dengan zon perdagangan bebas, lebuh-lebuh raya baru akan dibina dan lapangan terbang sedia ada dipertingkatkan. Lokasi Kuantan di tengah-tengah jajaran pantai ECER (bermula dari Kelantan di utara ke Mersing di selatan) akan memastikan pembangunan dan kesejahteraan yang berterusan.